Tuesday, November 9, 2010

Bundle...Oh...Bundle....

Apakah itu yang di namakan bundle? Bundle ialah pakaian yang terpakai yang di bungkus di dalam guni yang di awet bagi mengelakkan penyakit dan bagi memastikan pakaian itu tahan lama.Ramai yang tidak menyangka peniagaan bundle ini sememangnya mendatangkan keuntungann besar jika kita pandai dalam menilai pakaian yang terdapat di dalam sesebuah guni bundle ni.Ianya juga merangkumi semuan pakaian yang terpakai dari yang biasa hinggalah pakaian yang berjenama yang yang mungkin boleh mencecah ribuan ringgit sehelai. T-shirt,seluar,jacket,topi,beg,kasut dan banyak lagilah,semuanya msih berkualiti yang di jamin masih boleh di pakai.

Cerita pasal bundle ni,sebenarnya ia di import dari negara-negara seperti Jordan,Usa,Jepun,korea,singapore dan banyak lagilahd...Dari situlah wujudnya baju-baju berjenama dan pakaian yang mungkin vintage yang menjadi kegilaan buat kaki-kaki selam kat Malaysia.Jika kena dengan caranya peniagaan bundle ni boleh mendatangkan keuntungan yang boleh di katakan barkali ganda dari harga asalnya,sebagai contoh sehelai t-shirt yang di buka dari bundle yang berharga RM 700 lebih,t-shirt yang terdapat dalam 2 hampir 500 helai,di kira-kira harga bagi baju sejelai tak sampai pun rm 2 ringgit,jika 10 helai baju yang keluar dari guni bundle 2 berjenama,harga pula atas pada rm 50,dah rm 500tu ,baru 10 helai dari 500 helai tadi,tapi ianya bergantung pada nasib lah,ini pengalaman aku serba sedikit pasal perniagaan bundle ni.

Bagi yang meminati perniagaan bundle ni,aku rasa mempunyai masa depan yang cerah walaupun mempunyai saingan dengan baju tiruan yang datang dari china dan thailand. Modalnya tak mahal bagi memulakan perniagaan ni,janji kita minat terhadap perniagaan bundle.






Cerita punya cerita aku nak sertakan gambar pula,dah letih menaip ni, aku nak cerita sedikit pasal pasaran bundle di beberapa buah negara di dunia. Di mula kan dengan Malaysia,pasaran bundle memang banyak di Malaysia, aku ambik di negeri kelantan dahulu,Pasar malam dan pasar pagi menjadi kegilaan bagi dewa-dewa bundle kat kelantan, antara tempat yang biasa menjadi pengunjungan kaki -kaki bundle ni ialah pasar malam tok bali,pasar malam bachok ,pasar pagi besut,pasar pagi wakaf baru,pasar pagi pulai condong dan banyak lagilah...lihat gambar di bawah ni...


Pasar Malam Bachok(hari jumaat malam sabtu)




Pasar Malam Tok Bali(hari Khamis Malam jumaat)




Kita beralih pula ke luar negara iaitu ke Jordan. Ada satu pasar minggu di sana yang menjadi tumpuan bagi dewa-dewa bundle seluruh dunia bagi mendapatkan barang yang susah untuk di dapati terutama di kedai atau pun di butik jenama itu sendiri.Hari jumaat pagi bundle di sini menjadi tempat berkumpulnya kaki-kaki bundle, Keluasan bundle kat cini hampir 2 padang bola sepak,memang penatlah jika mahu menyelam kesemuanya hari itu, silap hari bulan...lemas trus kat situ..Yang specialnya barang di sini setiap minggu akan bertukar yang mana barang baru akan sampai..Lihat gambr di bawah...






Kita beralih pula ke negara jiran iaitu Thailand yang dengan negara gajah putih.Disini juga menjadi tumpuan bagi kaki-kaki bundle bagi mendapatkan stok yang terbaik,pasar minggu yang paling popular kat nagara siam ni ialah khlong ngae.bertambun barangan bundle terutama t-shirt,jeans dan kasut.Lihat gambar dibawah...






Kita beralih plak bundle kat negara Canada,sini menjadi tumpuan bagi dewa vintage yang mencari barangan lama untuk di jual di dalam ebay,maklumat ni aku dapat dari satu blog mat saleh,sama -Sama kita lihat gambar di bawah....







Last sekali,kita lihat bundle jepun,ckit sahaja maklumat pasal bundle kat jepun ni,kebanyakan bertumpu di pasar pagi,tetapi barng bundle yang di jual kebanyakan pasar pagi adalah barng yang telah di pilih oleh dewa-dewa bundle kat sana. Harga pun mugkin mahal ckit,lihat gambar di bawah....





No comments:

Post a Comment