Friday, October 15, 2010

BAGAIMANA HARGA BAJU-BAJU VINTAGE INI DIBUAT

  • Harga dibuat berdasarkan keadaan kondisi baju , populariti band tersebut , umur baju (lebih lama lebih mahal)jenis baju ( t's atau 3qtr), genre musik,keluaran baju,saiz
  • Baju deadstock sudah semstinya mempunyai value yg lebih tinggi kerana baju tersebut tidak pernah dipakai/dicuci selama berada di dalam pasaran.
  • Populariti band juga banyak membri impak pada harga baju.lebih popular band tersebut maka lebih tinggilah nilainya.
  • Semestinya baju-baju yg mempunyai date lebih lama mempunyai harga yg lebih tinggi.Ini kerana lebih lama baju tersebut lebih susah baju tersebut didapati (seakan makin lama makin pupus).
  • T's dan 3qtr mempunyai harga yg berbeza.harga 3qtr selalunya lebih tinggi. Namun terdapat juga baju2 t shirt yg mempunyai value tersangat tinggi. Ini berdasarkan design,volume pengeularan baju tersebut dan samada baju tersebut mempunyai sentimental value/ makna tertentu kepada sesuatu band (selalunya baju tour).
  • Makna tertentu/sentimental value pada sesebuah band bermaksud kejayaan album pada masa tersebut ataupun konsert dan tour tersebut merupakan konsert paling berjaya
  • Juga bermaksud pengakhiran bagi sesebuah band/ahli band tersebut.tidak lupa juga 1st tour bagi setiap band.
  • Bagi genre musik pula baju band metal dan punk mendominasi carta ialah:-
1) metal/punk
2) hair metal
3) rock / glam rock
4) pop
5) genre musik lain2

  • Pun begitu 70's band shirt juga tergolong dalam kategori band t-shirt termahal
  • Antara band band yg boleh dikategorikan sebagai mahal ialah iron maiden,accept,saxon,black sabbath,led zeppelin,ac dc , rolling stone , venom, slayer, sepultura, misfits , ramones , testament, exodus , overkill , sex pistols , holy mosses dan lain-lain.
  • Baju-baju yang mahal ni kebanyakan dikeluarkan antara thn 1981-1990 kerana pada masa inilah segala kisah-kisah ataupun history terjadi.
  • Bagaimana pula dengan band-band yg established pada sekitar awal 90 an seperti soundgarden,nirvana dan senatero dengannya?
  • Bagi band-band pada era ini,baju-baju mereka dari album/tour mereka yg terawal secara automatik mendapat pengiktirafan harga seperti baju pada lewat 80-an.Biasanya sekitar Rm150-RM200.
  • Harga mungkin menjadi lebih tinggi jika terdapat unsur2 yg boleh melonjakkan lagi harga baju tersebut seperti yg saya sebutkan sebelum ini ( 1st tour / album , volume yg dikeluarkan adalah sedikit dan sebagainya).
  • Saiz juga memainkan peranan yg agak penting dalam penentuan harga
  • Baju yg bersaiz s dan xl berada pada harga yg lebih mahal dari m serta L (saiz s pit to pit 16-18 , xl pit to pit lebih dari 21).
  • Mengapakah sedemikian rupa? menurut rakan-rakan dari luar negara,ini disebabkan olehpada era 80an kebanyakan baju dikeluarkan dalam range saiz m dan l dek kerna saiz badan org barat pada masa itu.ini juga disebabkan oleh org2 barat lebih menyukai memakai baju yg fit to body.Jika difikirkan secara logik akal sememangnya betul kerana saiz badan mereka tidak memungkinkan mereka memakai saiz s.Jadi merchandiser mengeluarkan baju bersaiz m dan L secara banyak dan saiz s serta xl dikurangkan.Bagi saiz xl pula,harga yg dijual pada masa itu lebih sedikit dari harga biasa baju-baju s,m,l..(jika saiz biasa dijual 20usd,xl akan dijual pada 29 usd) dan sememangnya agak susah untuk mendapatkan baju bersaiz s dan xl.pakcik nyelam pun jumpa m dgn l ja banyak.
  • Untuk pasaran luar negara atau negara2 barat khususnya,mereka tidak menekankan material baju utk pricing.Bermaksud,mereka tidak kisah samada baju tersebut kain 100% cotton/kain campuran polyster.bagi mereka copyright atau thn baju dikeluarkan menjadi keutamaan dalam menentukan harga baju.tetapi rata2 kita mengkehendaki baju 50/50..Mungkin disebabkan lebih sedap pakai.tetapi menurut seorang rakan dari german,pada thn 80an dahulu baju baru yg diperbuat daripada kain 100% cotton lebih mahal dari kain campuran 50/50.
  • Pengurangan penggunaan kain 50/50 pada akhir 80an disebabkan oleh enviromental cares. Pengeluar bersetuju utk tidak banyak menggunakan bahan2 sintetik seperti polyster dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment